Apa kami sembang??
CERAMAH BINA INSAN GURU(MASJID JAMEK)
TARIKH: 28 APRIL 2009
TAJUK: REMAJA & CINTA
PENCERAMAH: USTAZ NAZIR YAAKOB
Abg mel: Panas jgk isu malam ni ek Janggut?. Ape taknye, ni pasal cintan-cintun yang di khaskan kpd golongan elit2 cam kite ni. Ustaz kate cinta ni berbeza mazhab barat dengan Islam. Klu barat, mereka hanya mementingkan cinta terhadap duniawi yang merajai harta,pangkat dan wanita. Islam yang sememagnya indah mementingkan cinta antara makhluk dengan Pencipta dan RasulNya. Namun cinta sesama saudara seagama juga dituntut.
Abe janggut : A,a btul3... ana stuju sgt dengan ente. Mmg btul apa kate ustaz tu, cinta mengikut mazhab barat dan islam ni mmg berbeza. Yang anehnya, ramai jgk geng2 kita dok ikut jgk gaya barat. Dorg pegang kita pn nk pengang, dorg selak kita pn nk tengok jgk. Sapa kata xbleh?? Sume bleh yang penting kawen dlu pastu nk selak ka nk jolok ka suma dah halal mengikut hukum syarak.
Abg mel: Ana pn tak sempurna tp sekurang-kurangya bila kita dh tau kita ingat, bila dah ingat kita amal la. Cinta sesama insan di galakkan lgi kerana tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi sausadaranya seperti dirinya sendiri. Kasih di sini maknanya kita SALING menjaga kebajikan saudara seagama dengan kita. Contohnya sumbangan makanan dan pakaian menerusi kerajaan dan NGO kepada mangsa-mangsa peperangan di Selatan Thai, Palestin, Iraq dan banyak lagi.
Abe janggut: klu bukan kita siapa lagi, kediaman mereka musnah,ahli keluarga pula berpecah belah kerana serangan pihak Zionis menjadikan mereka seperti semut yang berlalri-lari di bawah kasut yang sewenang-wenangnya memijak mereka. Namun jika kita sudah terlanjur cinta pada insan yang tersayang biarla berpada-pada. Semuanya biarlah kena pada batas-batas pergaulan dalam Islam yang sealiran dengan budaya kita sebagai orang Timur.

